Bila nak pindah ni, macam-macam benda kena buat, macam-macam benda kena kemas.
Semalam, aku punggah barang-barang yang dah lama tak berusik kat atas almari. Semuanya barang masa zaman sekolah dulu. Lama kan? Haha. Disebabkan benda dah lama, kenalah lupuskan. I went through some old stuffs yang memang dah patut dilupuskan sejak dulu lagi. Benda-benda remeh, macam notes dengan kawan-kawan, old pictures of us, and lots more. Mulalah terkenang balik zaman dulu-dulu...
Paling banyak notes yang aku jumpa adalah notes dari Fiona. Hahaha. Notes masa dia tengah bosan dalam kelas. Bila dah tak faham apa cikgu ajar, dia pun tulis surat kat aku. Tapi aku tak balas pun. Hehe. Sangat rindukan zaman itu. Selain tu, ada juga notes dari my favourite friend, A****. Sekarang, favourite lagi ke?
Dulu, kami sangat rapat. Dalam kelas, aku duduk belakang dia. Bila ada masa free, aku mesti akan minta tukar tempat dengan N***, so that aku dapat duduk sebelah A****. Kami akan borak-borak, banyak benda aku share dengan dia. Kadang-kadang, aku minta lah dia ajar apa yang aku tak faham. Memang best lah masa tu. Dalam diam, aku jatuh hati kat dia (pengakuan eksklusif!). Hahaha! Honestly, sampai sekarang aku suka kat dia. Tapi, it's just 'suka'. Dari dulu, aku bertepuk sebelah tangan je. So, aku tak harapkan apa-apa pun. Lagipun, kami kan kawan baik. Walaupun sekarang kami macam dah renggang, aku masih anggap dia kawan baik aku.
Bila ingat balik zaman sekolah dulu, aku rasa sedih. Cepat sangat masa remaja berlalu. Dulu, tak sabar-sabar nak membesar. Tapi, kawan-kawan aku masing-masing dah berjaya sekarang. Aku bangga dengan mereka. A**** baru je grad untuk degree. And I'm following him (secara kebetulan je) - aku sambung belajar di IPTA yang sama dengan dia (tapi program lain), dan InsyaAllah aku akan grad hujung tahun depan.
Kepada kawan-kawan yang baca post ni, janganlah anggap aku pilih kasih. Aku sayang semua kawan aku. Kamu semua memang kawan-kawan terbaik!!
20 Disember 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)






















0 komen:
Catat Ulasan