Hari ni, tiba-tiba rasa nak kembali kepada dunia blogging. Bukan apa, macam perlukan tempat untuk meluahkan segala yang terbuku di hati. Lebih kurang macam diari la.. Lagipun, tak semua benda kita boleh share dengan semua orang.
Selain tu, aku tulis blog ni sebab aku dah pun mulakan hidup yang baru. Hidup baru yang macam mana? Haa..
Aku dah pun mula praktikal sejak minggu lepas. So far, aku sangat gembira kerja kat sana. Semua orang baik, peramah. Dan aku boleh aplikasikan apa yang aku dah belajar sebelum ni, selain belajar lebih mendalam lagi. Tapi, semua orang sibuk je. Maklumlah, dah hujung tahun. Apa-apa pun, kalau ada yang aku tak faham, mereka akan tunjuk ajar. Aku harap, perasaan teruja dan gembira ni akan kekal sampai habis praktikal. Dan kalau boleh, aku nak terus kerja kat situ! Kawan-kawan, pray for me! :)
12 Disember 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)






















0 komen:
Catat Ulasan