Hari ni (Sabtu), aku pergi ke majlis kahwin sepupu aku, kat Taiping. Dah lama sangat tak jumpa mereka, sejak aku kecil lagi! Kad jemputan dah pun aku terima sejak 2 bulan lepas. Kiranya, aku wajib datang.
Aku sangat excited nak pergi majlis tu. Kami dah pakat, nak guna tema ungu, nampak seragam. Hehe. Pagi tu macam dah lambat bertolak. Tapi Ayah bukan main lagi drive laju-laju, so dapatlah sampai kat Taiping tu dalam tengahari. Nak dijadikan cerita, dari tol Kamunting, bila ikut peta dalam kad tu, kami salah jalan! Bayangkanlah, lepas dari tol, ada tiga simpang. Mula-mula masuk kiri. Dah jalan jauh, tapi tak jumpa landmark macam dalam peta. Kami patah balik ke tol dan masuk jalan kedua (terus je kalau dari tol). Dah jauh pun, masih tak jumpa. Haish, payah betul. Lepas tu, kami patah balik dan masuk jalan ketiga (kanan kalau dari tol). Alhamdulillah, jumpa juga. So, kami terlambat sampai juga. Haha.
Sampai sana, tuan rumah a.k.a Pak Long dan Mak Long aku menyambut kami dengan gembira. Tiba-tiba ada seorang budak lelaki panggil aku, "Kak!". Budak tu tinggi, putih. Dalam hati, siapa la pula budak ni. Then, dia salam aku. Oh, adik aku rupa-rupanya. Dah lama sangat tak jumpa, sampai dah tak cam. Dia ni adik aku dari ayah yang sama tapi emak lain.
Kami terus ke tempat makan, sebab perut memang dah lapar. Haha. Kebetulan, pengantin pun baru je sampai. Sempat juga! Lepas makan, aku pergi jumpa Abah aku. Yela, dah jumpa adik, takkan tak jumpa ayahnya pula kan? Then, Mak Lang datang pada kami dan jemput kami masuk. Macam biasa, Mak Lang mesti peluk cium aku. Hehe, sangat happy. Kat dalam, aku jumpa semua sepupu aku. Dan yang paling penting, aku jumpa semua adik aku. Yang sulung tu, asyik borak-borak dengan aku. Yang tengah, ikut je abang dia, sambil tu tengok-tengok aku. Yang bongsu, main kejar-kejar dengan sepupu yang lain. Tapi, sempat juga la kami berborak. Emm dah besar adik-adikku ni...
Aku nak lama-lama kat situ, tapi keadaan tak mengizinkan. Kami kena balik petang tu juga. Aku ajak adik-adikku tu bergambar. Nak buat kenangan. Lepas salam-salam, kami pulang. Takpelah adik-adikku, nanti kita jumpa lagi.
The point is, aku sangat gembira sebab ada ramai saudara. Semuanya masih ingat kat aku, walaupun dah lama tak jumpa. Aku harap, hubungan persaudaraan ni takkan putus sampai bila-bila. Aku sayang mereka!
13 Disember 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)






















0 komen:
Catat Ulasan