Tajuk post macam tak boleh blah je kan? Hahaha!
Bukan apa, sebagai seorang kakak, sulung pulak tu, aku risau sangat hari ni. Sebab apa nak risau? Result PMR keluar hari ni la!!
Aku ada dua orang adik yang nak ambil result hari ni, perempuan (sama ibu) dan lelaki (sama ayah). Bertambah-tambah la kerisauan aku...
Aku harap sangat diorang lebih cemerlang daripada kakak diorang ni. Huhu..
Adik lelaki aku (sama ibu) yang baru UPSR, dapat result cemerlang. Alhamdulillah.. Dah apply untuk SBP, tapi tak dapat. Kenapa entah? Kesian dia... Takpa la Danial, kakak suka Danial tinggal kat rumah je. Senang kerja kakak.. Haha!
Apa2 pun;
All the best to Nur Adina binti Rosli dan Mohd Sadiq Syafiq bin Mat Isa!! ^_^
(p/s: Tolong jangan tanya saya camna result mereka! Ahaks!)
24 Disember 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)






















0 komen:
Catat Ulasan