Aku pasti, hari ni semua orang bercakap tentang hari terakhir tahun 2009. Masing2 tak sabar nak masuk tahun baru. Tahun 2010 yg diharapkan menjadi lebih bermakna utk setiap orang.
Kali ni memang aku akan cakap pasal hari terakhir ni. Pada aku, 31 Disember 2009 bukan cuma hari terakhir untuk tahun ni, tapi hari terakhir untuk banyak perkara lagi. Kalau ada orang sedih sebab nak meninggalkan tahun 2009, aku lagi la berganda2 sedihnya.
Hari ni, hari terakhir aku akan bergelar penduduk Taman Keramat. Tempat aku membesar - frasa ni dah cukup untuk menggambarkan betapa bermaknanya Taman Keramat ni pada diri aku. Aku dah tinggal di sini sejak aku belum tadika, and now I'm 21. Can you imagine? Memanglah tak selama orang yg tinggal sini dari lahir. Tapi tempat ni cukup penting pada aku.
Kat sini la aku kenal erti pelajaran, sebab aku memang sekolah kat sini. Kat sini jugak la aku kenal erti persahabatan. Semua kawan baik aku tinggal kat sini. Diorang kawan2 aku sejak sekolah. Walaupun sejak aku sambung diploma, aku jarang jumpa diorang, tapi sekarang Alhamdulillah hubungan kami terus terjalin dan makin rapat setiap hari. Aku bersyukur sangat2.
Disebabkan esok dah mula tahun baru, aku dah berazam nak ubah lifestyle aku. Tak nak jadi budak yg lemah lagi, asyik ditindas, dipermainkan, etc. I wanna grow up. Aku tak boleh terus anggap diri aku muda lagi. I have to move on. Aku nak tinggalkan semua kenangan2 yg pahit di belakang, dan ambil pengajaran daripada semua yg terjadi.
Kepada mereka2 yg suka sangat nak tengok aku jatuh, suka anggap aku b****, selalu tak puas hati dgn aku, SELAMAT TINGGAL. Jangan fikir korang dah menang.
Good bye 2009. Aku takkan lupa semua yg dah terjadi dlm tahun ni. Peace (^_^)v
31 Disember 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)






















3 komen:
tapi kite still leh jumpe kan...
;p
fara mcm xnk jumpe kite je,asyik ckp pasal farewell je..
(wat ayat touching ala2 epit)
chek ezza:
memang still boleh jumpa.. cuma makin jarang jumpa.. :(
rossoneri:
bukan taknak jumpa, tapi rasa cam dah jauh sangat.. takut.. :'(
Catat Ulasan