BigBang Tonight - Tonight BigBang Tonight - Seungri BigBang Tonight - Taeyang BigBang Tonight - GDragon BigBang Tonight - Daesung

03 Disember 2010

Apesal nak add pulak?

Sila imbas kembali entri ini. Harus!

Aku dah buang jauh-jauh segala macam hal yg berkaitan dengan mereka. Aku tak nafikan, kadang-kadang ada jugak terdetik rasa teringat terhadap 'kawan' aku ni. Tak salah, sebab tak mungkin kita boleh lupakan seseorang itu dalam sekelip mata. Tapi cukuplah sekadar teringat, takde sebab untuk fikir dengan lebih mendalam lagi tentang dia.

Seperti yang anda tahu, 'kawan' aku yang telah aku removed itu telah pun selamat 'berkawan baik' dengan seorang perempuan ini. Aku tak kisah langsung, dah completely let him go. Malas sangat nak fikir panjang pasal benda-benda yang dah lepas.

Selepas aku removed 'kawan' aku tu, tentulah aku removed 'kawan baik' dia sekali kan? Alaa yang bukan main nak stalk aku tu. Sejak tu, memang dah takde dengar cerita pasal mereka, which I don't even care.

Hari ni (2 Disember), tiba-tiba bila aku on fesbuk, ada friend request. Wahh excited nak tahu ni.

Bila aku klik, tahu siapa? Perempuan yang merupakan 'kawan baik' kepada 'kawan' aku tu. Hah! Aku pelik.

Apesal nak add aku pulak? Aku dah remove kau dulu, tak faham-faham lagi ke? Maybe dulu dia tak sedar aku dah remove dia. So sekarang bila dia nak mencari aku, baru dia sedar aku dah takde dalam list. Kenapa sekarang nak cari aku pulak?

Haihh aku rasa pelik sangat. Aku try tengok profile dia yang agak private. Eh macam ada benda yang dah berubah. Aku tengok profile 'kawan' aku yang agak private jugak, still sama macam sebelum ni. Aku try tengok satu website ni. Aikk ada problem ke?

Kat situ takde la tunjuk bukti nyata yang 'persahabatan' mereka ni ada krisis. Tapi aku syak mereka ni ada salah faham (cuba bersangka baik, haha).

Konklusinya;

Adakah dia syak boyfriend dia berbaik balik dengan aku, sehingga hubungan mereka mempunyai masalah? Dan atas sebab itulah dia mencari aku? Sebab tu ke?

Eh please lah. Aku takde contact langsung dengan boyfriend kau. Kenapa nak cari aku pulak weh? Kau siapa? Aku tak kenal kau pun.

Jangan nak sibuk-sibuk ambil tahu hal aku. Aku tak kacau kau, so sila jangan kacau aku.


*Patut tak aku approve, so aku boleh stalk dia pulak? :D

2 komen:

Rina Rossoneri berkata...

tak payah ambil tahu langsung lerrrrr

FaraWani berkata...

memang. malas betul. buat rosak mood je. huh~