BigBang Tonight - Tonight BigBang Tonight - Seungri BigBang Tonight - Taeyang BigBang Tonight - GDragon BigBang Tonight - Daesung

17 Disember 2010

Abang sakit tekak lagi

Selasa petang, kereta kesayanganku tak boleh start. Masa tu nak pergi fetch Ibu kat stesen komuter. Aku dah risau. Ibu suruh pergi bengkel.

Dah petang-petang macam tu, mereka semua sibuk siapkan kerja. Aku duduk je dalam kawasan rumah sambil tengok mereka. Then ternampak pula abang 'sakit tekak' tu. Aiseh.. Aku malas nak 'berdekatan' dengan dia. Nanti berjangkit sakit tekak. Aku tunggu lagi.

Bila dah tak nampak abang tu, aku cepat-cepat pergi bengkel. Tak tahu nak jumpa abang bengkel yang mana satu, aku decided baik aku jumpa owner bengkel je. Aku minta tolong pakcik tu startkan kereta. Pakcik tu pula panggil seorang abang bengkel, suruh tolong dia.

Masa pakcik tu kat kereta, Adii duduk kat luar (tempat kami berbadminton), dan dia suruh aku tengok pakcik tu buat kerja (dia ni memang suka mengarah aku). Aku tengok je lah (sambil senyum-senyum kat Adii pasal abang bengkel tu berdiri sebelah aku, haha). Lepas dah siap, aku cakap terima kasih kat pakcik tu. Tak sempat cakap terima kasih kat abang tu, sebab dia pergi dulu.

Aku terus ambil purse dan keluarkan kereta. Tiba-tiba Adii datang kat aku.
"Kak! Ada benda aku nak bagitahu kau!"
"Apa?"
"Pasal abang 'sakit tekak' tu!"
"Haa? Jap, jap. Bagi aku keluarkan kereta dulu." (Padahal dah tak sabar nak tahu ni, haha.)

Sambil drive;
"Tadi kan aku duduk kat luar. Lepas tu abang bengkel tu bawa bateri masuk rumah kan? Aku dengar..."
"Dengar apa?"
"Abang 'sakit tekak' tu kan dekat je dengan aku. Aku dengar dia cakap kat abang bengkel tu: 'weh, aku nak ikut juga, kau tak nak ajak aku ke?'. Lepas tu abang bengkel tu jawab: 'jom la ikut sekali.'"
"Yeke? Lepas tu?"
"Tapi dia tak ikut masuk kan? Aku tengok je dia kak."
"Yela, dia tak masuk. Kakak nampak dia berdiri je kat tepi satu kereta kat bengkel, tengah menulis apa entah. Ingatkan nak tulis nombor telefon nak bagi kat kakak (perasan gilaaa!). Hahaha!"



***

Malam tadi aku keluar nak buang sampah. Aku just tutup kepala dengan towel kecil. Dari jauh aku nampak abang 'sakit tekak tu' dengan siapa entah. Chopp! Aku boleh cam dia dalam gelap dari jarak yang agak jauh sebab dia pakai tshirt kuning, seluar pendek (macam first time nampak dia dulu). Dia tinggi dan kurus. Hehh. Tiba-tiba, "Ehem, ehem. Ehem, ehem." Aku terus lari masuk rumah. Seraaammm.


*Gila betul.

0 komen: