Pagi tu aku tolong Ibu siapkan makanan, kemas-kemas rumah, etc. Lepas Ayah balik dari surau, Ayah makan, dan terus pergi surau semula untuk join aktiviti sembelih lembu. Tahun ni Ibu dan Ayah buat ibadah korban, so memang kena tengok lembu yang berkenaan disembelih.
Bila aku dan Ibu sampai kat surau, orang dah ramai. Aku cepat-cepat cari Ayah, dan Ayah tunjuklah mana lembu yang patut Ibu tengok. Masa tu, satu lembu dah tumbang. Orang ramai tengah usaha nak jatuhkan lembu kedua. Susah betul. Bila dah jatuh, semua petugas kerumun lembu tu. Aku tak berani nak tengok proses penyembelihan, sebab nanti rasa kasihan. Hehehe. Aku setia ambil gambar Ayah yang turut memegang lembu.
| Ayah yg berdiri sebelah pokok tu. :) |
Sampai giliran lembu ketiga, iaitu lembu yang ada bahagian Ibu dan Ayah, aku fokuskan kamera. Agak susah nak jatuhkan lembu tu. Bila dah jatuh, semua orang bertakbir. Masa tu rasa sayu je, tengok darah memercik. Bila lembu tu dilepaskan, menggelupurlah ia. Ibu dah pesan, jangan rasa kasihan, nanti tak boleh makan. Walaupun aku tak suka sangat makan daging lembu, aku cuba jugak untuk tidak merasa kasihan. Hehe.
| Ayah yg seluar biru jalur putih. :) |
| Ayah yg hebat. :) |
Surau tu sembelih 5 ekor. Ramai orang lelaki yang uruskan bahagian daging. Orang perempuan sibuk memasak sambil siapkan bahan nak masak daging. Ramai jugak orang perempuan yang goyang kaki, borak-borak, makan-makan je (termasuk aku), sebab orang yang datang lebih banyak dari kerja yang ada. Hahaha.
| Ibu yg bertudung hitam. Ni buat sarapan. :) |
Lepas orang lelaki siapkan kerja, proses memasak masih belum siap. Lama mereka tunggu. Time nak makan, hujan lebat pulak. Habis basah kain aku. Ingatkan lepas makan boleh balik, tapi kena tunggu cabutan bertuah dulu. Hehe. Tapi sebelum cabutan bertuah tu, Pak Imam buat majlis cukur jambul cucu beliau. Comel sangat baby tu.
Masa lucky draw, semua orang dapat hadiah. Ayah dapat besen kecil, Ibu dapat set mug. Balik rumah dalam pukul 3. Lama kan? Nak siap-siap untuk pergi rumah MakLong pulak.
Sambung next post.
*Penat sangat, entri-entri pun due. Haihhh..






















0 komen:
Catat Ulasan