BigBang Tonight - Tonight BigBang Tonight - Seungri BigBang Tonight - Taeyang BigBang Tonight - GDragon BigBang Tonight - Daesung

30 November 2010

Mesej yg menipu

(Entri ini telah ditulis pada Sabtu, 27 November 2010.)


Tengahari semalam (Jumaat), aku dan Adii nak ke ofis Ibu, teman Ibu cari barang untuk majlis ofis malam ni (Sabtu).

Masa dalam tren, Adii dapat mesej dari international number +6285298316849, "Ini ayah Tolong bagi credit mexis 30RM ke nombor baru ayah 0128640745 Ayah lgi ada msalah kat balai Police.ta payah caal sekejap ayah call."


Bila baca sekali, aku memang tak percaya itu mesej dari Ayah. Ni sebabnya:
1) Kenapa pakai nombor lain, bukan nombor sendiri?
2) Kat Manila boleh pakai nombor Maxis ke? 
3) Bila Ayah beli nombor baru? 
4) Kenapa Ayah eja Maxis "mexis"?
5) Kenapa tulis 30RM instead of rm30?
6) Kenapa Ayah mesej Adii? Ayah jarang gila nak mesej dia. Kalau ada apa-apa, Ayah akan mesej Ibu atau aku je. 
7) Apesal slang Ayah lain macam? Ayah bukan tak pernah hantar mesej. 


Sebab-sebab untuk percaya itu adalah Ayah:
1) Mungkin handphone Ayah hilang?
2) Kat mana-mana pun boleh pakai nombor Maxis kan? Rate je lain.
3) Mungkin tu nombor kawan Ayah?
4) Ayah kalut taip mesej, tak pun orang lain yang tolong taip mesej.
5) Sama cam #4.
6) Nombor Adii je yang Ayah ingat. Tapi tak mungkin. Sebab nombor Ibu paling senang dan wajib diingati. 
7) Ni pun tak mungkin. 


Kami tunjuk mesej tu kat Ibu. Ibu yang tengah excited nak cari tudung untuk dinner ofis (waahh) terus hilang mood. Aku tahu Ibu risau gila. Ibu try call Ayah banyak kali, tak dapat. Ibu terus ajak kami pergi kedai topup, melilau kami cari topup yang terus masuk tu (sekarang kan ramai pakai topup ticket je). Ibu cakap nak topup RM60, aku tak setuju. RM30 tu dah cukup banyak. 

Agak lama jugak nak tunggu respon dari 'Ayah', dah dapat topup ke belum. Kebetulan time tu orang tengah solat Jumaat, maybe sebab tu Ayah unavailable. Sejam lebih lepas tu, Ibu try lagi, dan dapat! Bila Ibu tanya Ayah pasal topup, Ayah kata "Takde pun minta topup?" Haa dah sah la kami kena tipu. 


Malam tu, kami fetch Ayah kat KLIA, dan ehem, aku bawa Wun. Hehehe. Masa dinner, kami berborak la pasal ni. Ibu check, nombor +6285298316849 tu dari Indonesia. Ayah baca balik mesej asal. Respon Ayah, "Ayah tak pernah eja call='caal'; ayat macam orang Indo je; blablabla". Cara Ayah cakap tu kelakar gila. Semua tergelak. Tapi masa kejadian tu berlaku, semua orang risau, mana ada masa nak berfikir panjang


Sini ada cerita pasal apa yang berlaku kat kami. 




*Alhamdulillah Ayah selamat kembali ke pangkuan kami sekeluarga. :)

2 komen:

Rina Rossoneri berkata...

jahat org tuh

WaN AmiRuL berkata...

lebih kurang mcm mbr aku yg dpt call dari 'power root' tu surh bank in RM2k dlm akaun... pastu aku menyamar jadi polis sound tepek kt indon tu.. hehehe