BigBang Tonight - Tonight BigBang Tonight - Seungri BigBang Tonight - Taeyang BigBang Tonight - GDragon BigBang Tonight - Daesung

22 Oktober 2010

Kawan yang bersembunyi

Kisah seorang kawan baik aku.

Dulu paling aktif berfesbuk. Lepas tu tiba-tiba deactivate. Bila reactivate, kembali aktif.

Ni tiba-tiba dia deactivate balik!

Aku tahu/sedar yang aku ni jarang sangat nak berhubung dengan dia melalui fesbuk. Tapi aku cukup lega bila tengok ada je update dari dia kat home page tu. Takkan pasal takde respon dari aku, dia nak deactivate? Haha memandai je aku.

Aku rindu gila kat dia. Dah berapa bulan kami tak berjumpa. Mesej pun kadang-kadang je. Sekarang fesbuk dia pula dah tak aktif, macam mana nak tahu perkembangan dia?

Then aku fikir, "takpe lah, blog kan ada". Tiap kali tengok ada update baru dari blog dia, aku pasti singgah dan baca. Tu satu lagi cara untuk ambil tahu pasal dia.

Tapi dah berapa lama entah aku tengok blog dia still dengan tajuk entry yang sama. Aku hairan. Hari tu pernah jadi macam ni. Aku ingatkan aku salah letak link blog dia. Rupa-rupanya dia dah tukar blog baru! Oh sungguh geram.

Now jadi lagi macam hari tu. Aku check lah. This time dia bukan tukar blog baru. Tapi tukar setting - "invited readers only". Aku mengaku aku geram sikit. Aku try la masukkan email address aku. Then dapat respon, aku bukan pembaca yang diundang. Aduhai.. Sedihnya hati..

Aku tak tahu macam mana nak ambil tahu pasal dia lagi. Nak mesej pun, nak cakap apa? Dah makan ke belum, buat apa sekarang, sihat ke tak, macam tu ke? Heh kelakar je.


Kepada KAWAN aku tu: TELL ME WHY! Sedih tau. Adik merajuk karang! :(


*Sila beritahu jika mahu bersembunyi. Nanti saya sedih.

0 komen: