BigBang Tonight - Tonight BigBang Tonight - Seungri BigBang Tonight - Taeyang BigBang Tonight - GDragon BigBang Tonight - Daesung

11 Oktober 2010

Akhirnya berpisah

10 Oktober 2010. Ramai orang meraikan kegembiraan atas tarikh yg dianggap begitu cantik ini; dengan mengadakan majlis perkahwinan, pertunangan, dan sebagainya.

Keluarga kami? Meraikan perpisahan. Selepas lebih 6 tahun kami bersama.

Aku ingat lagi, kami pertama kali dipertemukan dengan W ialah beberapa hari sebelum Aidilfitri tahun 2004. Pada masa itu, kami berdepan dengan kesulitan. Hadirnya W dalam hidup kami memberi sinar harapan bahawa hari esok akan lebih indah. Ditambah dengan peluang menyambut hari raya bersama, benar-benar membawa seribu makna.

Kami telah menjelajah ke seluruh Semenanjung Malaysia dalam tempoh 6 tahun ini. Susah senang kami tempuh bersama tanpa sebarang rintihan. Biarpun disimbah hujan lebat, dibakar terik mentari, namun kasih sayang antara kami tidak pernah berubah. Jujur, aku juga sangat sayang padanya.


Walaupun W terpaksa berhadapan dengan keperitan setiap kali bersama dengan kami sekeluarga, dia tidak mengeluh. Keikhlasannya menyentuh hati kami. Kami juga turut melayannya dengan baik dan telah menganggap dia sebagai sebahagian daripada keluarga. Pada tahun 2007, K hadir dalam hidup kami. Kehadiran K mungkin sedikit sebanyak menggugat perasaan W. Namun setiap mereka kami beri layanan yg adil.


Semasa Ayah terpaksa bekerja jauh, Ayah membawa W sekali untuk membantu dan menjadi teman. Ketika itulah K memainkan peranannya, iaitu menggantikan W dalam kehidupan seharian kami. Aku semakin sukakan K, sehingga aku mengajaknya tinggal bersamaku semasa aku masih belajar.


Hubungan aku dan K semakin rapat. Dia selalu ada denganku, ke mana saja aku pergi, pasti dia ku bawa bersama. Keakraban kami masih berkekalan sehingga hari ini. Namun W tidak pernah aku lupakan. Disebabkan dia tinggal bersama keluargaku, dia menjadi kesayangan mereka.


Aku dan K pernah terlibat dalam kemalangan. K cedera parah, akibat kecuaianku. Tetapi K tidak pernah membenciku. Aku makin sayangkan K. Jika K jatuh sakit, aku lah yg paling kecewa. Aku akan menjaganya dan memastikan dia kembali sihat, dan sentiasa dalam keadaan yg baik.


Beberapa tahun telah berlalu. Ibubapa ku ada bercadang mahu mencari pengganti W. Ini disebabkan oleh keadaan keluarga kami yg semakin memerlukan. W tidak membuat sebarang kesalahan. Kami cuma fikir mungkin sudah tiba masa untuk membuat perubahan dalam hidup. 

Tiada sebarang keputusan telah dibuat. Hari berlalu seperti biasa. Pada suatu hari, ibubapa ku dan W terlibat dalam kemalangan. W cedera, hampir seminggu dia terpaksa ditahan di hospital. K kembali memainkan peranan sebagai pengganti W. Selepas seminggu, Ayah membawa W pulang ke rumah. Kami menjaga W lebih baik daripada biasa.


Kami ada terfikir, adakah ini tanda W merajuk dengan kami? Atau adakah ini tanda bahawa dia memang menggalakkan kami mencari penggantinya? Apa pun, kami tidak pernah membenci W, dan itu bukanlah alasan kami mahu menggantikannya.


Sabtu lepas, aku dan ibubapa ku pergi ke KL untuk mencari pengganti W. Kami membuat keputusan untuk memilih E, sesuai dengan keadaan keluarga kami. Hari ini (11 Oktober) Ayah telah menguruskan prosedur untuk mengambil E. Hari ini jugalah hari terakhir W menjadi milik kami. Ketika melihat pemergian W pagi tadi, aku sangat sedih. Hanya K yg akan menjadi teman kami buat masa ini.


E bakal bersama kami lebih kurang 2 minggu lagi, jika tiada sebarang masalah timbul. Aku akui aku tidak sabar untuk bertemu dengan E. Tetapi kasih sayang dan segala kenangan bersama W masih berbekas dalam hati dan ingatan.


Aku harap W tidak menyimpan dendam terhadap kami, dan semoga dia memahami alasan disebalik tindakan kami ini. Jika suatu hari nanti kami bertemu di mana-mana, aku pasti akan menegurnya, walaupun masa itu dia telah menjadi milik orang lain.




*Semoga segalanya berjalan dengan lancar. Amin.

3 komen:

~cahayaratu~ berkata...

E tu pe plak????hahaha...xblh blah nak btemu ng kete dia kat mana2..so sweettttttttt...:P

Rina Rossoneri berkata...

wahhhh kereta baru!!!

hey ingat ni karangan sekolah rendah ke..

FaraWani berkata...

oit korang! apesal pulak tiba-tiba kereta ni? haish..