Hari ni, Annahl ajak aku pergi konsert Kelly Clarkson, 25 April ni kat Bukit Jalil.
Err dia bukan directly ajak aku. Dia post kat Facebook;
Aku view page dia dan nampak status ni selepas 55minit, tanpa seorang pun yg komen. (Hahaha!!)
Aku komen la, sebab macam berminat. Kan dia nak belanja, best la. Bila aku tanya harga, katanya tiket RM338 per pax. Mahal gila! Aku sangat-sangat tak mampu. Tapi teringin jugak.
Tiba-tiba dia kata nak support separuh je. Ahh no way! Aku suruh dia support full. Dia tak cakap setuju, tapi dia gelak je. Aku tahu dia setuju.
Then dia kata nak ajak kawan so that ada orang boleh snap banyak-banyak gambar dia. Amboi! Aku tak kisah pun nak jadi jurugambar dia.
Tapi bila fikir balik, RM338 tu. Mahal gila! Aku tak boleh terima la kalau ada orang nak belanja sampai mahal camtu. Aku tahu niat dia baik, nak belanja. Kiranya cam itu kos nak upah jurugambar tak professional la kan. Tapi hati aku yg tak sedap.
Maybe sebab aku bukan jenis yg boleh/pernah pegang duit banyak-banyak. Yela, Ibu tak pernah bagi aku ratus-ratus. Paling banyak, if tak silap aku, Ibu bagi RM300 masa aku nak keluar pergi Sg. Wang dgn Annahl. Ibu suruh shopping. Balik tu, aku pulangkan RM200 kat Ibu, RM100 lagi aku guna buat beli kabel laptop.
Tapi duit aku akan cepat habis when it comes to food. Aku sangat suka beli makanan dan makan. Hahaha..
Eh, lari topik...
Finally, aku cakap kat Annahl, aku tak nak join, dan suruh dia ajak orang lain yg lebih layak. Aku tak spesifik kat siapa-siapa. Cuma aku rasa ada orang lain yg lebih fun utk dia bawa ke konsert tu. Dan dia janji nak bawak aku pergi konsert akhir AF8 nanti. Hahaha, aku dah la tak tahu apa-apa pasal AF8.
P/s: Alang, adik bukan tak nak join. Tapi mahal sangat la benda tu.
*Tak nak susah hati. :)
**Tak suka shopping.






















6 komen:
Aku view page dia dan nampak status ni selepas 55minit, tanpa seorang pun yg komen. (Hahaha!!)
org sibuk bekerja
hahahaha
sekian~
*kontrol*
eleh.. alasan! :P
wah!!!!!! bestnya dapat g konsert kelly clarkson...huuuuuuuuu, kita baru dpt tahu bbrp hari yang lepas, rasa macam 'waaaaaaaaaaaa'....mana sempat nak kumpul duit, buatlah hujung thn ni keee...waaaaaaaaa sedih2,suka tgk kelly nyanyi live, gempak gile...
hehe.. tau takpe. memang best.. tapi mahal sangat whoa..
nanti karok, kita nyanyi lagu kelly ye.. buat konsert sendiri.. haha
hahahaha...bley je, bley hilang sore kalo wat konsert sndiri nyanyi lagu kelly hahaah
hahaha..
fara cop lagu:
-since you've been gone
-already gone
-trouble with love is
-dan lain-lain lagi ;D
Catat Ulasan