Selepas 3 bulan, akhirnya aku dapat karok lagi dgn kawan-kawan sekolah aku. Haha~
Aku balik Keramat petang, dgn Kak Ena. Sampai sana dalam pukul 5, fetch Kak Eza yg baru lepas sesi merisik. :P
Nak terus fetch Nuar, tapi dia belum ready. So, this is what happened.
Nak praktis drive. Aku bagi can, pusing-pusing kat tempat parking stesen Jelatek.
Kancil Auto, boleh laa kan.. Kat tempat yg lapang camtu pun, dia drive 20km/j je. Adoi.. Pastu praktis parking, boleh laa.. Yg aku tak boleh blah, excited gila nak parking belakang (apa entah namanya). Aku pun tak berani.. Hahaha..
Then konon-konon dia nak drive la pergi fetch Nuar. Baru sampai kat entrance parking, dia berhenti. Cehh~
Lepas fetch Nuar, kami terus ke Wangsa Walk. Ingatkan nak terus karok, tapi abang-abang macho aku semua datang lambat. Kami nak makan dulu, Nuar pulak nak shoping, so kami pergi la Jusco AU2. Kami makan kat Pizza Hut, and biarkan si Nuar shoping sorang2. Masing-masing tak nak teman dia sebab dia shoping lama woo! Haha..
Wangsa Walk (Nuar yg snap)
Around 8pm, kami kembali ke Wangsa Walk. Ingat nak terus masuk karok, tapi abang-abang macho still belum sampai. Kami sangat bengang ok? Dah janji pukul 8, tapi pukul 9 baru sampai. Yg join malam tadi: Epit, Affiq, Pakdin, Alep, Fami.
Then kami terus masuk bilik paling besar. Mereka ambil 2jam, and dapat 30minit free. Lama tuu.. Tanpa melengahkan masa, Kak Ena terus pilih lagu. Hahaha.. Tentu Kak Ena dah tak tahan nak karok kan? :P
Aku agak enjoy la, walaupun kepala ni asyik fikir kena balik cepat. Yg tak bestnya, sepanjang karok tu, Nuar buat muka bengang je. Aku frust jugak. Aku tanya akak-akak aku, katanya Nuar bengang+penat. Dia ada nyanyi gak, tapi tak bercakap apa pun. Aku yg duduk sebelah dia yg risau, kot-kot dia tak ok.
Dalam 11pm, aku nak balik. Abg Epit suruh tunggu sampai habis je. Aku pun tunggu la. Bila nak balik, mereka boleh lengah-lengah kan? Adoi.. Then siap suruh tunggu kat stesen minyak. Ingatkan mereka nak escort kami balik Bangi, rupa-rupanya nak ajak lepak kat Ali Bistro pulak. Sabar je la..
Aku hantar Nuar dulu, then Kak Eza. Rasa berat je nak berpisah dgn mereka ni. Then aku fetch Dani kat rumah lama kami, dan terus bertolak balik. Tak sempat isi minyak pun, sebab dah lambat. After hantar Kak Ena kat UKM, aku terus speed. Dah dekat pukul 1, lambat gila! Balik-balik, Ibu&Nadia tunggu kat ruang tamu. Adoi.. Rasa bersalah pulak aku, takut pun ada gak. Nasib baik Ibu tidur. Aku sempat makan kot. Hahaha. Then cepat-cepat aku tidur.
*Tentu lepas ni tak dapat keluar malam dah.. Sorry Ibu.. :(






















5 komen:
da pndi balik kul 1
aishhh
hahaha..
maybe sebab hanyut bila dgn kawan2 sekolah.. ;D
eh kita pun pernah, lagi lambat dari tu kan?
ha, kantoi! penah blk lambat dari ini??...
fara..tanx pic yg cute tu..wakaka siot nye dak kecik...
nnt kite wat lg k..hahahahah
kak ena: haha.. dulu kat hostel memang selalu balik lambat.. masa tu bebas kan.. ;D
kak eza: okeh.. nanti drift pulak! :P
Catat Ulasan