Pagi tadi, nampak cuaca macam cerah je sampai petang. Tiba2 ada bunyi guruh pulak. Nak hujan ni, macam mana nak pegi lunch.. Perut dah berbunyi..
Cuaca sekarang semakin tak menentu. Bila panas, bukan main terik dan bahang lagi. Kulit aku dah la gelap. Hari2 pakai sunblock, tak nak kena sunburn lagi. Tapi belum sempat cerah, dah jadi makin gelap. Makcik2 yg nak sidai kain, tentu suka hati. Bila hujan, lebat la pulak. Kadang2 ribut. Sampai roboh atap garaj kereta Ayah kat rumah lama dulu.
Awan...
Awan tiba bila sudah sampai masanya. Cuaca panas menjadi redup. Kalau awan tiba sebagai pelindung cahaya matahari, ia sangat dialu-alukan. Bila cuaca redup, semua orang suka. Boleh buat macam2 aktiviti dgn senang hati.
Tapi kalau awan tiba dgn hujan, ada yg frust, ada jugak yg bersorak gembira. Aku sebenarnya sangat suka hujan. Kan best kalau dapat main hujan. Selain tu, bila hujan, rasa sejuk je. Best2!!
20 Januari 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)






















0 komen:
Catat Ulasan