Aku ada sorang besfren laki ni. Namanya A.S. Dia kawan aku sejak sekolah. Rasanya dah banyak kali aku post pasal dia. Hahaha.
Dulu aku sangat rapat dgn dia. Sampai satu tahap tu, aku rasa aku suka kat dia. Gila kan? Suka kat besfren sendiri.
Aku suka kacau dia. I mean, kacau in a good way. Pernah dulu aku post kat Facebook dia,
" Hai Abg Hot~ ".
Dia gelak je.
Hari tu, aku post kat wall dia,
" Rindu kamu la ".
Dia LIKE post tu, and komen, " :P ".
Kawan2 kitorang suka kacau dia, bahan dia. Aku je yg suka backup dia. Aku buat camtu bukan sebab aku suka dia. Tapi aku just tak suka diorang bahan dia. Kesian dia tau.. Tapi maybe diorang ada sebab tersendiri utk terus bahan2 dia camtu. Aku tak tahu, so suka hati diorang la. Aku just backup setakat yg termampu je.
Merujuk kepada post ni, aku dah jumpa gambar2 yg hilang tu. Aku misplaced je. Rupa2nya still ada dlm plastik yg aku belum unpacked. Aku ambil gambar masa sekolah, dan letak dlm frame. Ada satu gambar dia sorang, aku framekan, dan letak sebelah katil aku. Special sikit. Hehe..
Malam tadi tiba2 rasa rindu sangat kat Keramatians. Sampai demam! Aku mesej dia,
" Rindu kamu la ".
Dgn pantasnya aku dapat reply,
" Hahaha :P ".
Oh sukanya!! ^_^
Aku tidur dgn hati yg gembira ok? Siap peluk gambar dia! Adoi.. Angau ke nih?? Tak boleh blah betul!
Aku tak nak jatuh hati kat dia lagi. Kalau nak dibandingkan keadaan kami sekarang, dia sangat berjaya. Aku pulak baru terkedek2 nak habiskan degree. It seems impossible..
*Aku harap dia tak baca post ni!























0 komen:
Catat Ulasan