BigBang Tonight - Tonight BigBang Tonight - Seungri BigBang Tonight - Taeyang BigBang Tonight - GDragon BigBang Tonight - Daesung

15 Ogos 2013

Adikku HD, get well soon


One of my favourite brothers had an accident...

Ahad lepas kami pergi Perak nak hantar adikku Adina balik kampus. Kat sana kami berjumpa dengan family makcikku. Jadi kami bercadang untuk stay together for the night. Seronok sangat la sebab dapat spend time dengan sepupu-sepupu. Aku paling suka sebab dapat jumpa adik kesayangan aku, HD. Esoknya (Isnin) kami pulang ke rumah masing-masing.

Hari Selasa, parents masih cuti jadi Mama decided nak masak-masak. Mana la tahu kalau ada saudara nak datang. Tanpa disangka, pagi Selasa tu, Mama dapat mesej dari makcik, katanya anaknya, HD, accident kereta. Aku terkejut gila. Adik kesayangan aku tu.. Aku sangat risau. Aku nak cepat-cepat pergi hospital. Tapi sebab dah plan nak masak-masak, kena la siapkan dulu. Sambil sediakan bahan nak masak, airmata aku asyik mengalir je... Risau...

Tengahari tu baru dapat pergi hospital. Sampai sana pukul 1.50 pm, padahal waktu melawat tamat pukul 2 pm. Aku jalan laju-laju pergi wad dia. Bila tengok dia, aku rasa sedih sangat. Muka belah kanan bengkak, mata kanan lebam, retak kat hujung luar kening. Paling teruk, tangan kanan patah. I repeat, PATAH! Aku tak berani nak tanya directly apa jadi sebenarnya, so aku just dengar apa makcik aku cerita kat Mama.

Apa yg berlaku : Dia keluar dengan kawan, naik kereta. Pergi beraya agaknya. Tengah malam tu, on the way balik, hujan. Masa nak masuk simpang, jalan licin so mereka terbabas, kereta masuk longkang. Ulang lagi, MASUK LONGKANG! Adik aku duduk belakang driver. Kereta tu pula jatuh lebih ke kanan, so dia la yg paling teruk kena! Dah la kepala terhantuk kat seat driver, tangan pula patah sebab nak tahan badan dia. Makcik cakap, tangan (specifically, LENGAN) dia patah serong. So doktor cakap kena operate and masukkan besi. Risaunya...

Semalam dia dah operate. Aku sayu je tengok dia. Nak bercakap pun aku tak berani, sebab selalunya dia yg banyak bercakap. Bila tengok dia tak selesa atas katil, Mama suruh aku urut kaki dia. Tapi aku tahu, urut kaki bukan boleh lega pun, sebab bahagian lain yg kebas. Aku picitkan juga kaki dia. Aku kasihan tengok dia. Rasa nak jaga dia, tapi dia bukan adik kandung aku... Bila nurse cakap makcik aku tak boleh stay temankan dia, aku lagi sedih.

Aku tak tahu bila dia akan keluar wad. I really hope soon. Harap HD cepat sembuh. Harap dia sihat dan ceria macam sebelum ni.


*To HD: Adik kakak kuat kan? Jangan mengalah. Kuatkan semangat. Kakak sayang HD. Hujung tahun nanti kita pergi USS ye. So you better get well soon! :)


0 komen: