Last weekend.
Jaja ajak aku dan Amal temankan beli baju baby Sabtu 29hb sementara suaminya outstation. Amal kena kerja halfday, so aku expect boleh keluar lepas tengahari.
29 September 2012. Sabtu.
Pagi tu Mama dapat berita kakak sepupu aku baru bersalin. So kami pergi melawat kakak tu dulu. Then aku rushing ke stesen komuter, bajet boleh sampai rumah Amal kat Kepong around 2pm. Tapi TREN PULAK DELAY! Ahh stress! Sampai Kepong pukul 4.
Amal tahu aku belum lunch, so dia sediakan makanan. Terharunya. Dalam 5pm kami bertolak ke rumah Jaja. Oleh kerana dah tak sempat nak bawa Jaja jalan-jalan, kami decide nak singgah kejap kat Wangsawalk sebab nak beli Mee Udang dan kek Secret Recipe for dinner.
Jalan nak ke Ampang bukan main sesak. So kami sampai kat rumah Jaja masa azan Maghrib. Lepas solat, kami makan-makan, borak-borak. Best gila. Last time kami macam ni masa kenduri kahwin Jaja bulan Mac lepas. Aku dan Amal dah plan nak pergi karaoke, kalau boleh nak ajak Jaja. Then suami Jaja balik. Amal terus ajak dia sekali pergi karaoke.
Ramai gila orang kat tempat karaoke tu.
Amal was-was nak terus ambil 2 jam. "Mana tau kot-kot segan nak nyanyi sebab ada suami Jaja."
"Ala takde makna la Amal oii. Konfem tak cukup nanti. Kita 4 orang ni", jawab aku.
Bila dah dapat bilik, cepat-cepat kami nyanyi sebelum Jaja dan suaminya datang. Hahaha.
Aku dan Amal yg banyak menyanyi. Jaja duduk depan skrin, main pilih je lagu yg dia suka. Bila suruh nyanyi, dia tak nak. Haha. Dan yg kelakarnya, bukan kami segan dengan suami Jaja. Suami dia yg segan dengan kami. Haha. Tapi sangat sporting. Siap duet lagu Memori Daun Pisang lagi dengan Jaja. Hehe. Tentu baby dalam perut tu happy dengar parents dia nyanyi sama.
30 September 2012. Ahad.
Dah makin lewat. Amal dan aku risaukan Jaja, dia kan pregnant. Suami dia pulak baru je balik dari outstation, tentu penat.
Lepas habis sesi karaoke, kami singgah makan dulu. Ramai gila orang kat situ, sebab ada match bola. Mereka bertiga order makanan. Aku order air suam je, sebab dah masuk angin. Ish rasa macam air paip. Lepas siap makan kami terus balik. Happy sangat dapat spend time dengan Jaja. Thank you Jaja and suami.
Aku tidur rumah Amal. Pagi ni Amal kena pergi kerja jugak. Aku pulak dah janji nak jumpa Mama kat ofis beliau. Dalam 9am pergi breakfast. Lepas tu Amal terus hantar aku ke ofis Mama.
Kata Amal, "dekat je KL tu dik, jangan risau". Thank you Amal.
Sampai ofis Mama, terus tolong Mama kemas workstation beliau. Sama macam Ahad minggu lepas. Koyak-koyak kertas, susun fail, tolong filing, dan banyak lagi. Lepas Zuhur, pergi lunch dan jalan-jalan tengok baju/tudung kejap. Mama belikan baju. Thank you Mama. Then sambung buat kerja lagi. Lepas Maghrib, Ayah datang ambil kat ofis. Sebab banyak gila barang nak bawa balik, mana boleh naik komuter. Thank you Ayah.
Lepas 32 jam berada di luar, akhirnya aku pulang. Huu rindunya kat rumah. Walaupun sangat penat, tapi sangat puas.
Alhamdulillah. Thank you Allah. :)
*Macam tulis diari.
01 Oktober 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)






















0 komen:
Catat Ulasan