07 Ogos 2012
Emel daripada dia
One day last April, tiba-tiba tergerak hati nak check satu email address yang dah lama aku tak check. Tak terkejut la tengok emel tu penuh dengan emel dari Fb. Aku rajin pulak klik next page. And suddenly terjumpa satu emel ni.
Daripada dia, bertarikh 10 OGOS 2011.
Aku kaku sekejap. Dan terus klik untuk baca.
Rasa sedih sangat bila baca emel tu. Semua kenangan dulu kembali dalam ingatan aku. Hati aku rasa sakit. Aku mula tertanya-tanya, kenapa aku tak check emel ni lebih awal? It has been 8 months since he sent that email.
Aku paling sedih bila dia beritahu kesihatan dia semakin teruk, akibat accident dulu. Dia ingin berjumpa dengan aku sementara masih ada masa.
10 APRIL 2012, aku tenangkan diri dan reply emel tu. Aku harap dia sihat, dan takde apa-apa yang buruk berlaku pada dia. Sejak hari tu, setiap hari aku check emel.
16 APRIL 2012, dia reply. Katanya nak jumpa aku. Dia bagi nombor telefon. Dia minta aku add dia di Fb.
Jujurnya, aku cari profil dia di Fb, tapi tak jumpa. Aku teringat dulu dia pernah komen pada gambar aku. Dari situ, aku tengok profil dia. Aku takkan add dia as friend, aku takkan call/mesej dia, sebab tak perlu.
Aku beritahu dalam emel aku tak jumpa profil dia di Fb, dan aku masih guna nombor yang sama. Ini semua supaya dia yang hubungi aku kalau betul-betul perlu.
Sampai sekarang, dia senyap seribu bahasa. Aku risau kalau-kalau terjadi apa-apa kat dia.
Aku harap dia senyap sebab dia tak perlukan aku, bukan sebab dia sakit. I really hope so. Semoga dia terus bahagia dan sihat sentiasa.
*InsyaAllah everything will be fine.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)






















0 komen:
Catat Ulasan