BigBang Tonight - Tonight BigBang Tonight - Seungri BigBang Tonight - Taeyang BigBang Tonight - GDragon BigBang Tonight - Daesung

04 September 2011

Raya tahun ini

After almost two months..

As-salam. Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua umat Islam. Harap dimaafkan zahir dan batin.

Raya tahun ini, keluarga kami agak bersederhana.

Disebabkan kesuntukan masa dan tenaga, kami cuma membuat 3 jenis biskut raya; chocolate chip (3 adunan), honey cornflakes (2 adunan), dan mix fruit cookies. Yang dibeli pun cuma tiga, empat jenis saja.

Hari raya pertama tahun ini kami berada di kampung Ibu di Banting, dan pulang ke kampung Ayah di Sepang pada malam tersebut. Pada hari ketiga, kami pulang semula ke Banting untuk ke rumah Mak Long di Temerloh petang itu. Esoknya kami kembali ke Banting, dan pulang ke Bangi petang itu juga.

Semalam, Embah (emak Ayah) dan keluarga 4 orang adik Ayah datang ke rumah. Embah bermalam di rumah kami malam tadi. Aku kurang bermanja dengan arwah Nenek (emak Ibu) dulu, jadi aku mahu bermanja dengan Embah sekerap mungkin.

Alhamdulillah, aku telah mula bekerja sejak bulan puasa lepas. Jadi aku berpeluang memberi duit raya kepada saudara-saudara terdekat pada raya kali ini. Aku beri pada sepupu-sepupu yang masih kecil, dan cucu-cucu Mak Long. Tak lupa juga kepada Ibu dan Ayah, adik-adik, dan juga Embah. Seperti kata orang, memberi itu lebih baik dari menerima, walaupun yang diberi itu tidak seberapa. Alhamdulillah, aku juga masih mendapat duit raya tahun ini. Terima kasih kepada Ibu, Ayah, dan saudara-mara ku.

InsyaAllah Aidilfitri akan datang, aku nak spend lebih sikit untuk keluarga dan saudara-mara. Hopefully by next year, aku dapat kerja tetap. Kawan-kawan, doakan sekali ye.. :)




Salam Aidilfitri buat semua! Semoga kita sentiasa diberkati Allah.

0 komen: