BigBang Tonight - Tonight BigBang Tonight - Seungri BigBang Tonight - Taeyang BigBang Tonight - GDragon BigBang Tonight - Daesung

09 Jun 2011

Buat biskut

Banyak sangat masa lapang. Ibu pun cakap, bahan buat kuih dari raya tahun lepas masih ada.

Aku tengok bahan-bahan tu, dan terus fikir nak buat biskut. Adik-adik pun tengah cuti kan, boleh mereka tolong.

Malam tadi dah decide nak buat chocolate chip. Pagi tadi pergi la kedai, beli tepung dan gula kastor.

Aku start dulu, then Adii datang tolong.

Inilah kali pertama aku buat biskut tanpa bantuan/campur tangan Ibu.

Mula-mula risau juga, tapi kepala ni ligat je ingat steps Ibu. Adii pun banyak membantu dari segi idea/ingatan.
 
Sebelum bakar.

Tak buat banyak pun, so sekejap dah siap. Dalam 3 jam. Alhamdulillah, semua jadi. :)


Selepas bakar.

Masa dinner, Ibu tanya, "Tak nak offer Ibu ke biskut yang buat tadi?"

Aku hulur balang biskut, Ibu makan satu. "Okey ke Ibu? Manis sikit kot.."

Ibu cakap, "Okey. " Even cuma satu perkataan, aku puas hati.


*Bulan puasa nanti, boleh aku yang in-charge buat chocolate chip. Hehe.

1 komen:

Nuril Anwar berkata...

biskut tu sedap. ibu ckp sepatah je, sbb ibu penat...bukan sbb x hargai fara....