BigBang Tonight - Tonight BigBang Tonight - Seungri BigBang Tonight - Taeyang BigBang Tonight - GDragon BigBang Tonight - Daesung

17 Ogos 2010

Main game pun tensi

Sejak jadi penganggur, takde benda nak buat kat rumah. Jadi aku layan Facebook, main game kat situ.

Game favourite aku termasuklah Farmville, Cafe World, Sorority Life, dan lain-lain.

Farmville tu dah lebih setahun aku main, tapi still tak dapat potong orang lain jugak. Baru je sampai level 43. Bila asyik menghadap, jadi bosan. Yela, nak kena plow tanah, tanam biji benih, harvest. Ahh bosan!! So aku tinggalkan lah game tu.

Aku rajin menghadap Sorority Life, game budak perempuan. Hehehe. Walaupun belum dapat kejar Naja, aku setia main, sebab game ni tak stress sangat. Takde timing yg aku kena kejar. So relax je la. Tapi takde la menghadap hari-hari.

Yg paling best bagi aku ialah Cafe World. Game masak-masak. Game ni ada masa, sebab nak tunggu benda-benda tu masak, then serve kat customer. Macam-macam resipi ada, best pulak aku tengok. Rasa macam nak masak betul-betul.

Tapi yg geramnya... Lately ni Cafe World asyik problem. Asal aku nak serve makanan je, ada display "problem with connection. please reconnect". Padahal takde line problem pun. Dengan penuh kesabaran, aku refresh. Bila problem lagi, aku refresh lagi. Betul-betul bersabar ni. Sampailah aku dah tak tahan, aku tutup terus game tu, malas nak menghadap lagi.

Bila adik aku main game ni, takde pun problem. Tensi betul.

Kalau game ni asyik problem je, aku nak main game apa pulak? *Dah jadi satu isu*


*Macam budak kecik - tak dapat main game pun nak mengamuk. Hahaha.

0 komen: