BigBang Tonight - Tonight BigBang Tonight - Seungri BigBang Tonight - Taeyang BigBang Tonight - GDragon BigBang Tonight - Daesung

24 Jun 2010

Durian

Sekarang ni musim durian eh? Aku tengok, selalu je ada jual durian kat pasar malam. Entah bila musimnya, aku pun tak tahu.

Petang tadi Ibu balik kerja, terus pergi pasar malam. Ibu beli DURIAN!! Banyak gila woo! Ibu spent RM100 untuk durian sahaja!

Kitorang memang dah lama tak beli durian pun.

Tapi memang banyak lah! Aku tak jamah sikit pun lagi. Takde selera nak makan durian.

Disebabkan banyak gila, Ibu buat bubur durian. Wee~ Kalau bubur, aku boleh la makan banyak.

Ibu ada simpan sikit kot untuk buat tempoyak. Aku tak makan tempoyak...

Sekarang rumah ni dah semerbak bau durian. Hahaha.


*Jangan sampai termimpi-mimpi, sudah. :D

1 komen:

~cahayaratu~ berkata...

mau mau mau!!!!!hehehe....bubur durian best..tempoyak busuk!!!hahaha