Dah nak habis praktikal ni, baru la perasaan ni wujud.
Kenapa lambat sangat??
Tak sempat nak develop.
Tapi elok jugak lambat macam ni.
Takda la aku mengharap.
Aku tak kenal sangat pun dia tu.
Cuma selalu jugak nampak dia.
Apa ada pada dia?
Physically, bukan type aku.
Tapi apa yang kita nak, bukan itu yang kita dapat kan?
Perasaan tu datang tanpa dijangka/dipaksa.
Dia smart. Everytime aku jumpa dia, sangat smart.
Gaya orang bekerja la.
Tiap Jumaat, dia pakai baju melayu.
Siap dengan songkok dan sampin.
Kadang-kadang, dia saja pakai songkok macam budak-budak.
Keluarkan jambul dia. Tak pun, pakai sampai tutup dahi.
Walaupun nampak kelakar, dia nampak comel.
Yang paling aku suka, personaliti dia.
Dia sangat peramah. Selalu tegur orang.
Selalu senyum. Selalu ketawa.
Suara dia pun best, sedap didengar.
Bila dia ketawa, aku sangat senang hati.
Bila dia tegur aku, lagi la aku senang hati.
Dia serius bila buat kerja.
Ramai orang asyik telefon dia, dan dia akan jawab.
Dia pun selalu telefon orang.
Dia sangat busy okey.
Dia jarang ada kat seat dia, selalu ke sana, ke sini.
Bila dia takda kat seat dia, aku rasa tak best.
Tapi aku sangat yakin yang dia dah berpunya.
*Menikmati saat-saat terakhir di sini. :')























4 komen:
layan perasaan nampak..:)
hohohohoooo...
cahaya ratu: haha. boleh tengok dari jauh je. pic orang tu ada kat fb. :P
rossoneri: no komen la tu? aishh~
ha, ada kat fb??yang mana??
Catat Ulasan