BigBang Tonight - Tonight BigBang Tonight - Seungri BigBang Tonight - Taeyang BigBang Tonight - GDragon BigBang Tonight - Daesung

03 Februari 2010

Tempat Kerja Saya

Dah masuk bulan Februari. Aku semakin seronok praktikal kat sini. Best woo! Selalu dapat hadiah, semua staf sporting. Kat sini, sangat sibuk dan sangat banyak kerja. Tapi dorang still ada masa utk melayan kitorang berdua. Sejak kebelakangan ni, server ofis down, so dorang selalu tumpang guna Internet. Sangat bersyukur ada broadband ni, dapat tolong dorang.

Setakat ni, aku baru je siapkan dua Annual Review. Mesti korang kata sikit kan? Benda tu susah tau nak buat. Nak kena analyse semua investment yg terlibat dgn sesebuah company tu. Staf kat sini kata, that thing is not easy to do. Kalau kitorang dah boleh buat benda tu, then it's good for us. Dan dorang pun tak nak expose kitorang dgn kerja2 kerani. Bayangkan la, dulu bila ada orang hantar benda/surat, kitorang tak tahu apa nak buat. Patutnya kena la cop 'TERIMA'. Adehhh~

Puan Manager sangat sporting. Even tengah sibuk, still boleh gelak2. Kalau Puan cuti, kitorang rasa tak berseri tempat ni. Encik Bos pulak selalu sibuk, lagi2 bila dah masuk tahun baru. Dia asyik keluar, bawak organizer dia. Kalau tak keluar, bos mesti terima tetamu. Yg datang jumpa bos, majoriti bukan Malaysian. Tentu dorang investors from foreign companies.

Kitorang selalu refer kat Encik Skim Latihan Siswazah (SLS). Panjangnya nama. Haha. Aku tak berani nak panggil 'Abang', sebab dia kan staf. Dia selalu tolong kitorang. Mula2 dulu, dia la yg ajar apa kitorang kena buat. Dan dia selalu bercakap dgn suara yg lembut. Lagi sorang reference kitorang is Encik Baru Kahwin. Haha. Memang dia baru kahwin masa kitorang baru masuk sini. Dia pangkat Penolong Pengurus. Dia pun selalu ajar kitorang. Tapi lately ni, Ain je yg refer kat dia, sebab Ain buat paper under dia. Aku buat paper under Encik SLS.

Ada sorang lagi Penolong Pengurus, Puan Comel. Hari ni first day Puan tu masuk ofis balik, sebab sebelum ni dia cuti bersalin. Puan ni memang comel. Suka tengok dia. Suara dia pun lembut je. Kakak Secretary dan Kakak Kerani pun best. Kadang2 kitorang makan sama2. Selalu gelak2 dgn dorang ni.

Encik Timbalan Pengurus pulak suara dia kuat. Haha. Dia selalu sibuk jawab calls, ramai sangat orang call dia. Dan dia selalu gelak. Ada dua orang staf yg baru masuk. Sorang tu aku bagi nama Encik Ustaz, sebab dia sangat bagus dlm hal2 Islamic Banking ni. Sampai Puan Comel pun cakap kat dia, "awak patut masuk bahagian Shariah ni". Lagi sorang tu aku panggil Encik Motor, sebab setakat ni dah dua kali motor dia problem. Hari tu masuk ofis lambat, sebab motor nyaris2 kena rembat. Semalam, accident motor pulak. Luckily tak teruk. Mereka berdua ni memang digelar 'ustaz' kat sini. Haha.

Inilah kisah tempat kerja aku. Walaupun kitorang di tingkat 23, selalu kena berebut lif kat bawah pagi2, tunggu lif berjam2 utk turun masa lunch, tak dapat elaun langsung, kitorang tak kisah. Kitorang bahagia di sini.

*Sebenarnya aku kusut. Proposal research tak mula lagi.   -_-"

1 komen:

rossoneri berkata...

hahaha ganbatte with ur proposal..haha