BigBang Tonight - Tonight BigBang Tonight - Seungri BigBang Tonight - Taeyang BigBang Tonight - GDragon BigBang Tonight - Daesung

13 September 2013

Tukar


Refer to this post first.

Dalam tahun lepas, aku ada pergi Maxis Centre kat KLCC tu. Dah nekad nak tukar details kat nombor yg aku pakai sekarang.

Bila masuk, aku disambut oleh sorang Cik ni.

"Ye, boleh saya bantu?"
"Err saya nak tukar nama kat nombor prepaid. Macam mana ye?"
"Nombor tu ada kat siapa sekarang?"
"Saya."
"Orang yg nama dia kat nombor tu ada?"
"Takde."
"Cik kena bawa sekali orang tu, baru boleh tukar."
"Oh yeke. Ok takpe. Terima kasih."

Aku pun balik dgn hati kecewa. Macam mana ni? Takkan semata-mata nak tukar tu, aku nak ajak kawan aku tu pergi sana? Taknak la susahkan orang sebab benda kecil macam ni. Balik rumah, cerita kat Mama.

Mama balas, "Cakap la orang tu kat oversea." Haha. Macam la orang kat situ nak percaya. Then aku kuburkan je semua ni.

Last month, lepas tengok perarakan Hari Kemerdekaan, aku dgn family pergi KLCC. Mama nak beli handphone baru (feewwiiittt~). Sambil tu, Mama suruh aku tanya pasal nombor aku.

Sampai kat tempat tu, aku disambut oleh sorang Cik ni. 

"Ye, boleh saya bantu?"
"Err saya nak tukar nama kat nombor prepaid ni."
"Nombor tu ada kat siapa sekarang?"
"Saya."
"Orang yg nama dia kat nombor tu ada?"
"Takde."
"Oh takpe. Ingat tak 5 nombor yg awak kerap call?"
"Ingat."
"Ok. 5 nombor tu untuk kami buat verification. Boleh tulis nombor-nombor tu?"
"Boleh."
Cik tu hulur angka giliran. "Macam ni. Pergi dekat kaunter, bagitahu je nak tukar nama sebab nombor tu tak tahu siapa punya."
"Ok terima kasih."

Haa! Kan senang macam tu! Then aku pergi kaunter.

"Ye boleh saya bantu?"
"Saya nak tukar nama kat nombor ni. Tak tahu nama siapa."
"Boleh bagi nombor?"
Aku sebut. 
"Boleh bagi IC dan simkad?"
Aku bagi.
"Dah berapa lama pakai nombor ni?"
Tak rajin nak kira. "Sejak 2006."
"Macam mana boleh tahu ni nama orang lain?"
"Bila saya nak register online."
Beberapa minit berlalu. "Ok. Saya dah tukar semua."
"Tarikh lahir semua tukar?" Aku ingat Bonus Harijadi je.
"Dah. Semua dah."
"Ok terima kasih."

Lega! Selepas 7 tahun, semua selesai. Hehe.

Oh ye. Mama tak jadi beli handphone kat situ sebab stok habis. KLCC kot, mesti la habis. Mama beli kat Alamanda je. Fuyyoohhh~!


15 Ogos 2013

Adikku HD, get well soon


One of my favourite brothers had an accident...

Ahad lepas kami pergi Perak nak hantar adikku Adina balik kampus. Kat sana kami berjumpa dengan family makcikku. Jadi kami bercadang untuk stay together for the night. Seronok sangat la sebab dapat spend time dengan sepupu-sepupu. Aku paling suka sebab dapat jumpa adik kesayangan aku, HD. Esoknya (Isnin) kami pulang ke rumah masing-masing.

Hari Selasa, parents masih cuti jadi Mama decided nak masak-masak. Mana la tahu kalau ada saudara nak datang. Tanpa disangka, pagi Selasa tu, Mama dapat mesej dari makcik, katanya anaknya, HD, accident kereta. Aku terkejut gila. Adik kesayangan aku tu.. Aku sangat risau. Aku nak cepat-cepat pergi hospital. Tapi sebab dah plan nak masak-masak, kena la siapkan dulu. Sambil sediakan bahan nak masak, airmata aku asyik mengalir je... Risau...

Tengahari tu baru dapat pergi hospital. Sampai sana pukul 1.50 pm, padahal waktu melawat tamat pukul 2 pm. Aku jalan laju-laju pergi wad dia. Bila tengok dia, aku rasa sedih sangat. Muka belah kanan bengkak, mata kanan lebam, retak kat hujung luar kening. Paling teruk, tangan kanan patah. I repeat, PATAH! Aku tak berani nak tanya directly apa jadi sebenarnya, so aku just dengar apa makcik aku cerita kat Mama.

Apa yg berlaku : Dia keluar dengan kawan, naik kereta. Pergi beraya agaknya. Tengah malam tu, on the way balik, hujan. Masa nak masuk simpang, jalan licin so mereka terbabas, kereta masuk longkang. Ulang lagi, MASUK LONGKANG! Adik aku duduk belakang driver. Kereta tu pula jatuh lebih ke kanan, so dia la yg paling teruk kena! Dah la kepala terhantuk kat seat driver, tangan pula patah sebab nak tahan badan dia. Makcik cakap, tangan (specifically, LENGAN) dia patah serong. So doktor cakap kena operate and masukkan besi. Risaunya...

Semalam dia dah operate. Aku sayu je tengok dia. Nak bercakap pun aku tak berani, sebab selalunya dia yg banyak bercakap. Bila tengok dia tak selesa atas katil, Mama suruh aku urut kaki dia. Tapi aku tahu, urut kaki bukan boleh lega pun, sebab bahagian lain yg kebas. Aku picitkan juga kaki dia. Aku kasihan tengok dia. Rasa nak jaga dia, tapi dia bukan adik kandung aku... Bila nurse cakap makcik aku tak boleh stay temankan dia, aku lagi sedih.

Aku tak tahu bila dia akan keluar wad. I really hope soon. Harap HD cepat sembuh. Harap dia sihat dan ceria macam sebelum ni.


*To HD: Adik kakak kuat kan? Jangan mengalah. Kuatkan semangat. Kakak sayang HD. Hujung tahun nanti kita pergi USS ye. So you better get well soon! :)


09 Jun 2013

Gadis berasap


Wow! Kacak. Hot. Seksi.




MBLAQ - Smoky Girl


Especially yg botak sikit tuu. Hensemnyaaaaa!

27 Mei 2013

Excited


Bukan main lagi excited nak pergi bercuti Khamis ni.

Dari minggu lepas dah suruh adik-adik kemas barang, sediakan pakaian. Biasa laa dorang, buat tak tahu je. Tapi hari-hari aku pesan kat dorang. Hari-hari kena ulang benda yg sama, biar dorang ingat dan buat.

Dari minggu lepas, rasanya pakaian masing-masing dah cukup. Tapi asal pergi mana-mana je, mesti nak singgah cari baju la, seluar la, kasut la. Sampaikan masing-masing ada pakaian baru.

Dalam banyak-banyak benda nak disediakan, benda pertama yg dah siap adalah MAKANAN/JAJAN. Hahaha! Itu penting.


Hopefully semuanya berjalan dengan lancar. Semoga kami dapat cipta kenangan yg indah-indah belaka.


*Yahoooo~!!

24 Mei 2013

Hari cuti


Haaaiiii budak-budak ni..

Seorang asyik cakap, teringin pergi sana, teringin pergi sini. Seorang lagi duk tanya hari cuti nak pergi mana-mana ke tak.

Tapi bila hari cuti, kejut banyak kali pun tak nak bangun. Adoiii..

Tinggalkan je karang, baru tau! Haha!


*Kalau bukan Ibu yg ajak keluar, jangan harap laa.